Tadika Ulfah di Selatan Damsyik

17021946_1252996674787168_1777274983570500206_n
Anak-anak tadika Ulfah di Selatan Damsyik Alhamdulillah.. Syria Care dengan kerjasama Ulfah Human Relief (NGO didalam Syria) mengorak langkah dengan membuka sebuah tadika di Selatan Damsyik.
Tadika Ulfah nama diberi telah dibuka bagi memberi peluang kepada kanak-kanak sekitar umur 5-6 tahun terus menimba ilmu dan mendapat pendidikan awal walaupun keadaan negara mereka masih tidak stabil.
Terimakasih kepada semua yang menyumbang kepada Syria Care sehingga membolehkan kita menjalankan usaha-usaha sebegini. Semoga apa yang kita beri kepada mereka hari ini akan kita tuai hasilnya di Hari Qiamat kelak. Ameen.

 

Kongsi Artikel Ini