Syria tekad serang Idlib

Untitled

 

Regim Bashar al Assad mengulangi pendirian akan tetap melancarkan serangan ke atas, Idlib.

Pendirian itu diulangi Menteri Luar Syria, Walid Muallem.

Katanya, pentadbiran Damsyik tidak gentar dengan ancaman serangan oleh Amerika Syarikat jika operasi ketenteraan dilancarkan ke atas kawasan bebas perang itu.

“Apa sahaja kenyataan Amerika Syarikat tidak akan memberi kesan kepada pendirian rancangan tentera dan rakyat Syria untuk membersih Idlib dan kemudian mengakhiri keganasan di Syria.

“Kami, pemimpin dan rakyat Syria ingin mengakhiri konflik pada hari ini, tetapi campurtangan negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat menjadikan ia sukar,” katanya seperti yang dilapor Fars News.

Menurut beliau lagi, tuduhan berhubung serangan senjata kimia boleh dipersoal dan hanyalah satu alasan untuk membolehkan Washington melancarkan serangan ke atas negara itu.

Bulan lalu, pegawai kanan Rusia membuat dakwaaan dan memberi amaran wujudnya konspirasi oleh kumpulan penentang anti kerajaan untuk melancarkan serangan senjata kimia sebagai provokasi kepada Barat untuk menyerang Syria.

Sebelum ini, Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat, John Bolton menegaskan pihaknya bersama sekutu yang lain akan bertindak sekiranya senjata berkenaan dilancarkan ke atas Idlib dan kawasan lain.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini