28 September 2026
Syria Care berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Altawasul Alinsani Malaysia, yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Ali Saleh Amer Maaodhah dan Pegawai Perhubungan Awam, Encik Anas Bamakhramah. Dalam pertemuan ini, Syria Care dan Altawasul Alinsani Malaysia membincangkan perkembangan terkini projek-projek serta situasi kemanusiaan di Yaman.
Ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian meluangkan masa serta menunjukkan sokongan kepada usaha-usaha kemanusiaan yang digerakkan Syria Care.


