SYRIA CARE HIMPUN ULAMA TERSOHOR SYRIA

20171101 204042
ISTANBUL, Turki- Misi Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syra Care berjaya mengadakan pertemuan dengan tujuh ulama Syria tersohor yang berada di Turki.
 
Pada majlis yang diadakan, mereka turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan Syria Care membabitkan program bantuan kepada pelarian Syria.
 
Kesemua ulama berkenaan mewakili Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO yang menjadi rakan kongsinya dalam usaha membantu mangsa konflik sama ada di dalam Syria dan di Turki.
 
Antara mereka Sheikh Abdullah Rahhal yang mewakili Al Ahbab Human Institution, Sheikh Shahrir As Sayyib, Al Ulfah Human Relief, Sheikh Almaan Shaabani, Emar AlSham Humanitarian Association dan empat yang lain.
 
Dalam ucapannya, Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki menjelaskan, pada masa sekarang semua ulama berkenaan terpaksa berada di luar Syria berikutan konflik yang berlaku.
 
Katanya pada masa sekarang pertemuan terpaksa diadakan di Istanbul dan dia yakin pada masa akan datang pertemuan yang sama satu hari nanti akan diadakan di bumi Syam.
 
“Sesungguhnya tiada apa apa yang memisahkan antara kita dengan mereka, tidak pada jarak, pada bahasa. Apa yang dilakukan adalah untuk membantu saudara-saudara kita di Syria.”, jelasnya.
 
Menurut Siti Sakinah lagi, program yang diadakan sebahagian daripada Program Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syria Care di mana para peserta diberi peluang untuk bertemu dengan ulama berkenaan.
 
Terdahulu 33 anak yatim bersama 14 ibu tunggal telah diraikan pada Majlis Keraian Anak-Anak Yatim Syria yang turut mengagihkan pelbagai cenderahati yang disumbangkan rakyat Malaysia.
 
Kepada rakyat Malaysia yang ingin terus membantu pelarian Syria boleh berbuat demikian melalui:-
Akaun bank Syria Care:
1. CIMB Islamic : 8601 89 4560
2. Maybank Islamic : 5621 0665 3575
3. RHB Islamic : 2622 5000 021775
4. Affin Islamic : 1059 9004 0004

Kongsi Artikel Ini