29 September 2026
Syria Care dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjayakan projek Bantuan Musim Sejuk 2026 yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac 2027.
Kerjasama ini bertujuan untuk merancang, menggerakkan, melaksanakan dan memantau aktiviti kemanusiaan melalui pelaksanaan Bantuan Musim Sejuk 2026 bagi membantu rakyat Syria yang paling memerlukan dalam menghadapi musim sejuk.
MoU tersebut diwakili oleh Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah binti Meor Omar Baki dan Penyelaras Wilayah Persekutuan MAPIM, Haji Fadhil bin Osman.
Semoga kerjasama ini dapat terus menzahirkan solidariti kemanusiaan serta menggerakkan usaha bersama dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


