‘Skype’ bersama pelajar dan guru Sekolah Ulfah, Atma, Syria

WhatsApp Image 2019-06-25 at 5.00.23 PM

Setelah selesai ber’Skype’ bersama ibu tunggal dan anak-anak yatim Syria, kami terus menghubungi pihak pengurusan Sekolah Ulfah (sekolah tajaan Syria Care) melalui Skype.

Alhamdulillah, panggilan kami disambut baik oleh barisan pengajar dan para pelajarnya.

Sesi ‘Skype’ bermula dengan guru-guru memperkenalkan diri masing-masing dan memberi penjelasan ringkas tentang keadaan sekolah ketika ini. Kemudian diteruskan lagi dengan ‘melawat’ para pelajar di kelas mereka.

Terdapat pelajar yang membaca hadis serta terjemahannya malah ada juga yang memperdengarkan bacaan ayat-aat suci Al Quran kepada kami. Subhanallah.

Untuk makluman semua, Sekolah Ulfah ini disediakan khas buat anak-anak yatim (lelaki sahaja) di Atma, Syria.

Ketika ditanya, apa perasan kanak-kanak ini dapat peluang belajar di Sekolah Ulfah?
Salah seorangnya menjawab, “Saya sangat bersyukur dipilih masuk ke sini kerana banyak ilmu yang saya pelajari. Malah aktiviti yang disediakan juga sangat seronok seperti riadah di kolam renang dan pembelajaran melalui tayangan video.” Alhamdulillah.

Pada akhir perbualan, gurunya ada mencadangkan agar dapat membuka sebuah lagi sekolah khas buat kanak-kanak perempuan di sana. Semoga Allah permudahkan.

Teruskan menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care agar lebih banyak projek yang kita boleh laksanakan bersama.

#syriacareproject #pendidikan #Edu4Syria

Kongsi Artikel Ini