‘Skype’ bersama 12 anak yatim.

WhatsApp Image 2019-06-26 at 6.35.54 PM

26 Jun 2019

Pasti anda masih ingat pada 12 anak yatim piatu yang hidup gelendangan sebelum ini dan dikumpul serta dijaga oleh Ummu Omar?

Alhamdulillah, hari ini kami di Syria Care berpeluang menghubungi menghubungi mereka melalui panggilan ‘Skype’. Kebetulan ketika panggilan dibuat, mereka berada di dalam kelas dan sedang membina ayat yang bertajuk “Di Taman”

Mereka semua dikumpulkan di sebuah rumah yang mana terdapat di dalamnya ruang kelas, empat bilik yang juga merupakan ‘rumah’ bagi mereka.

Menurut penjelasan guru dan penjaga mereka, kanak-kanak ini sudah banyak peningkatan dan pulih dari trauma yang mereka lalui. Mereka juga dilatih untuk berdikari dan lebih yakin pada diri sendiri.

Sekarang mereka dalam proses pemulihan kerana mereka telah ketinggalan pembelajaran sebelum diserap masuk ke sekolah rasmi di sana.

Doakan agar anak-anak yatim piatu ini terus maju dan membesar menjadi insan berguna pada masa hadapan.

#syriacaremedia

Kongsi Artikel Ini