Sistem solar di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care (WKMSC), Al Bardaqli

214771973_1502119146793666_2194073319222763762_n

Bagi kelancaran sistem perairan di Kampung Malaysia Syria Care (KMSC) di Al Bardaqli, Syria, Telaga Fatimah menggunakan sistem tenaga solar untuk mengepam air telaga naik ke tangki.

Pemasangannya telah lengkap dan kini sudah mula dijana.

Telaga Fatimah membekalkan air bersih di penempatan berkenaan dan digunakan di semua rumah serta prasarana lain seperti klinik, sekolah dan masjid.

Bagi makluman orang ramai, wakaf tunai prasarana di KMSC masih dibuka.

Ia boleh dibuat melalui pautan:
https://syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria/

Kongsi Artikel Ini