Sidang Media Malam Amal Kemanusiaan : Eyes2Heart

WhatsApp Image 2018-10-22 at 2.37.11 PM

Jumaat, 19 Oktober 2018 – Telah berlangsung Sidang Media Malam Amal Kemanusiaan : Eyes2Heart yang bertempat di Restoran D’Saji Titiwangsa Kuala Lumpur.

Sidang media ini diadakan bertujuan untuk mewar-warkan Malam Amal Kemanusiaan : Eyes2Heart serta memperkenalkan barisan artis tanah air yang terlibat. Antaranya, ikon-ikon kemanusiaan Syria Care iaitu Khai Bahar, Rabbani, Azhar Hilmi dan juga adik Jay Nazif.

Ia turut dihadiri oleh rakan kerjasama wakil Rabbani Productions, NAR Records, Our Records dan juga tuan rumah Restoran D’Saji Titiwangsa.

Malam Amal Keamanan : Eyes2Heart ini akan berlangsung pada 11 November 2018 di lokasi yang sama sebagai salah satu cara untuk menyebarkan lagi isu kemanusiaan yang berlaku di Syria sambil mengumpul dana untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan bantuan sempena Kempen Bantuan Musim Sejuk 6.0 yang sedang digerakkan.

Syria Care mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang hadir terutamanya rakan-rakan media dan juga Butik Darrelina atas penajaan yang diberikan.

Semoga Malam Amal Kemanusiaan : Eyes2Heart ini akan berlangsung dengan jayanya.

 

[huge_it_slider id=”448″]

[huge_it_slider id=”451″]

Kongsi Artikel Ini