Sidang Media #Food4Syria dan #Milk4Syria (10 Mac 2015)

 

Satu sidang akhbar telah diadakan di KL Putra Hotel pada 10 Mac 2015 lalu bagi meuar-uarkan berkenaan dua projek besar yang telah dilancarkan iaitu  #Food4Syria dan #Milk4Syria. dan juga menandatangani MoU bersama 2 syarikat yang akan bekerjasama menjayakannya.

#Food4Syria adalah satu projek yang mensasarkan untuk menyediakan makanan berbuka puasa dan sahur bagi 19,500 orang dan 14,500 keluarga di 6 kawasan berbeza iaitu Latakia,Homs,Idlib,Timur Ghoutah,Barat Ghoutah dan Selatan Damsyiq.

Dapur-dapur rakyat akan didirikan,makanan dimasak dan diagihkan secara percuma kepada penduduk setempat.

Satu perjanjian dengan SS Wealth Ventures yang telah diwakili Saudara Syahrizal Mohamed selaku CEO syarikat telah ditandatangani di mana mereka telah dilantik untuk mencari rakan-rakan kerjasama yang dinamakan Fellowship of Syria Care yang akan membekalkan perbelanjaan sehari bagi projek ini berjumlah RM492,674.00.

Manakala bagi projek #Milk4Syria pula pihak Syria Care telah menandatangani MoU bersama syarikat nrBashirah pengeluar susu kambing berformula Uwais.Pihak nrBashirah telah bermurah hati untuk menambah 1 lagi kotak dengan pembelian 1 kotak susu Uwais.

Adalah sangat diharapkan yang projek ini akan mencapai sasarannya sebelum 18 Mei 2015 bagi membolehkan bantuan tiba di Syria sebelum bulan Ramadan tiba.

IMG_2508

IMG_2480

IMG_2447

 

Kongsi Artikel Ini