Sidang Media & ‘Food Review’ Iftar 2019 Shah’s Village Hotel, PJ

59493248_2169803139773179_2664695412354449408_o

SIDANG MEDIA DAN “FOOD REVIEW” IFTAR 2019 SHAH’S VILLAGE HOTEL, PETALING JAYA

1 Mei 2019 – Telah berlangsung satu majlis Sidang Media dan “Food Review” Iftar 2019 Shah’s Village Hotel, Petaling Jaya. Majlis ini diadakan untuk memperkenalkan jenis hidangan buffet yang akan disajikan kepada pelanggan Shah’s Village Hotel sepanjang Ramadan ini.

Dalam majlis sidang media ini juga, satu usahasama telah dimenterai oleh pihak Shah’s Village Hotel dengan Syria Care. Setiap pembelian pakej Iftar 2019 di Shah’s Village Hotel ini, sebanyak RM7.00 akan disumbangkan untuk tajaan iftar pelarian Syria yang berada di Syria dan Lubnan sempena Kempen Ramadan Al-Khair 7.0 Syria Care.

Shah’s Village Hotel merupakan hotel pertama menjalinkan usahasama sebegini dengan Syria Care. Semoga usahasama ini berterusan dan mendapat sokongan semua.

Bagi yang ingin membeli pakej Iftar 2019 di Shah’s Village Hotel, sila hubungi pihak hotel di talian 03-7955 5522.

#scevents #scprojects #buffetramadan #demikemanusiaan #kempenramadanalkhair7 #misikemanusiaansyriacare9 #iftar2019 #shahsvillagehotel #inibukankerjamainmain #upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini