SERANGAN GAS KLORIN: DUNIA DIAM

Douma-22Jan18 (14)
Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) mengesahkan sekurang-kurangnya 21 maut dalam serangan senjata kimia di Douma, Timur Ghoutah.
 
Ia dilancar regim Bashar al Assad dan sekutunya pada Isnin, mensasarkan kawasan yang masih dikuasai kumpulan penentang.
 
Setakat ini, ia meragut nyawa enam kanak-kanak dan enam wanita.
 
“Selepas tentera regim melancarkan serangan roket di bahagian barat bandar Douma, asap putih merebak menyebabkan 21 kematian,” Kata SOHR.
 
Berdasarkan simptom mangsa, badan aktivis bebas, Ghoutah Media Center, mendakwa bom klorin telah digunakan dalam serangan berkenaan.
 
Gas berkenaan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran bernafas, memedihkan mata dan lebih dari itu, ia menjadi pembunuh.
 
Sepanjang lebih tujuh tahun lalu, Pasukan Pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan berlaku penggunaan senjata kimia di Syria.
 
Namun, tiada satupun tindakan diambil untuk menghentikannya.
 
Pada 4 April 2017, lebih 80 maut selepas regim Bashar melancarkan gas sarin ke atas Khan Sheikhoun, yang terletak 50 kilometer di selatan Idlib.
 
Razali Awang
Media Syria
 

Kongsi Artikel Ini