Syria Care menghadiri Majlis Tautan Kasih Syawal Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di Ibu Pejabat KPTM sempena meraikan Aidilfitri pada tahun ini.
YBhg. Encik Mohd Sahidi bin Yaakob, Timb. Presiden Akademik Pegawai yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB telah menyampaikan ‘mock cheque’ sumbangan Tabung Kemanusiaan Syria, Türkiye dan Lubnan kepada Encik Muaz Abd Muein, Pengurus Besar Syria Care. Tabung yang dilancarkan pada 12 April lalu berhasil mencapai kutipan sebanyak RM5,168.48.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM dan UPTM, semua staf KPTM HQ, wakil dari UniKL MIDI dan para petugas Syria Care. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak KPTM di atas jemputan ini dan kerjasama yang diberikan dalam membantu para pelarian Syria yang memerlukan.