SERAHAN SUMBANGAN DARI MASJID BADLISHAH

31394094_1663092800444218_496299169158266880_o

Sumbangan ini adalah hasil usaha salah seorang ahli sukarelawan Skuad Syria Care yang mengumpul sumbangan daripada jemaah muslimat dari Masjid Badlishah, Parit 6, Sg Besar, Selangor untuk Kempen Ramadan Al-Khair 6.0.

Sumbangan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyediakan juadah berbuka puasa saudara kita di Syria sepanjang Ramadan nanti.

Tindakan mudah yang diambil oleh saudari ini bermula dengan hanya menyebarkan flyers KRAK6 kepada jemaah masjid.

Terima kasih diucapkan atas usaha murni ini dan tidak dilupakan para penyumbang dari Masjid Badlishah atas sumbangan ini.

Semoga Allah memberkati semua.

#KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #SyriaCareforhumanity

Kongsi Artikel Ini