Semua pihak perlu henti serangan-PBB

as
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap nasib lebih 3 juta pelarian dan penduduk di Idlib serta kawasan sekitarnya ekoran pertempuran berterusan di bahagian barat laut Syria.
 
Jurucakap Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), Stephane Dujarric berkata, serangan di kawasan berhampiran zon bebas tentera (DMZ) telah memberi kesan kepada perlindungan dan keselamatan orang awam.
 
“Dengan 3 juta wanita, kanak-kanak dan lelaki di kawasan Idlib dan sekitarnya berada dalam keadaan berisiko, pertempuran berterusan di bahagian barat laut Syria mesti dielakkan dalam apa juga cara.
 
“Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penderitaan kemanusiaan yang tidak boleh digambarkan,” katanya seperti yang dilapor Xinhua.
 
Menurut Dujarric, pertempuran berterusan antara tentera regim Bashar al Assad dan kumpulan anti kerajaan selain mengakibatkan kematian di kalangan orang awam, ia turut menyebabkan mereka yang berada di situ terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa.
 
Katanya, sehingga kini terdapat serangan kumpulan penentang di bahagian pedalaman selatan Aleppo manakala tentera regim pula berterusan melancarkan serangan meriam ke atas utara Aleppo.
 
Begitu juga di bahagian timur dan selatan Idlib serta utara Hama.
 
“PBB meminta semua pihak untuk menghormati tanggungjawab mereka di bawah undang-undang antarabangsa bagi melindungi orang awam dan infrastruktur awam dan menghentikan serangan,” tegasnya.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini