Sedekah Sembelihan Kambing (101-150) di Al Bab, Syria.

102

Sedekah Sembelihan Kambing (101-150)

📍 Lokasi: Al Bab, Aleppo, Syria

Alhamdulillah.
Pada Aidiladha 1440H pihak Syria Care dengan kerjasama rakan NGO Ulfah Human Relief telah berjaya melaksanakan amanah yang telah diberi kepada kami.

Pada tahun ini, Sedekah Sembelihan melibatkan 2,290 penyertaan bersamaan 229 ekor kambing.
Sembelihan dilakukan secara berkumpulan. Alhamdulillah.

Daging-daging ini telah diagihkan buat rakyat Syria yang juga pelarian dalam negara di sana. Gembira tidak terkata melihat bungkusan daging di tangan mereka, setelah lama tidak menjamahnya.

Semoga Allah menerima Sedekah Sembelihan para peserta tahun ini sebagai amalan soleh pemberat timbangan di hari akhirat kelak.

Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan untuk kami melaksanakan amanat di bumi Sham.

Sekiranya anda ingin mengetahui nama anda berada di kumpulan berapa, sila hubungi Pegawai Kewangan Syria Care di talian 01128809820.

#syriacaremedia #qurban4Syria7 #syriacareforhumanity

Kongsi Artikel Ini