Saya,cucu-cucu serta sampul bermakna.

77380739_1021704738168445_8415278741885812736_n

Saya,cucu-cucu serta sampul bermakna.

Dewan yang cantik ini dipenuhi 150 anak-anak yatim yang ditaja rakyat Malaysia melalui The Orphans Project by Syria Care.

Mereka diraikan dalam satu majlis dengan wang tajaan dan hadiah. Dan paling istimewa mereka dapat melihat insan-insan di Malaysia yang walaupun tidak dikenali tetapi telah sudi membantu kelangsungan hidup mereka.

Wajah-wajah ceria mereka seperti pengubat rindu cucu-cucu yang jauh di mata. Kesemuanya sudah pasti mempunyai kisah hidup yang sarat dengan kedukaan. Namun mereka terus tersenyum kerana mereka yakin akan janji Tuhan buat orang-orang yang sabar.

Kehadiran ibu-ibu yang menjadi tunggak kebahagiaan hidup anak-anak ini membuat saya terharu. Sungguh tidak mudah bagi mereka melalui kehidupan tanpa suami di sisi. Tanpa peluang untuk mereka sendiri mencari nafkah kadangkala mereka menjadi buntu. Namun rezeki diri mereka serta anak-anak Allah tentukan melalui insan-insan mulia, jauh beribu kilometer dari mereka.

Majlis diserikan lagi dengan pegawai-pegawai majlis daerah serta ulama’ tempatan. Mereka terharu dan bersyukur. Saya diberitahu Syria Care NGO pertama hadhir menyantuni anak-anak yatim di sini. Harapan mereka agar usaha-usaha ini dapat diteruskan.

Alhamdulillah.
Saya sedar saya sudah semakin tua. Kudrat tidak seperti orang muda. Badan sakit sini sana. Namun saya bersyukur saki-baki usia ini saya dapat berkhidmat untuk ummah. Itu doa saya dari dulu. Yang penting semoga Allah terima dan redha.

Siti Sakinah Meor Omar Baki
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 11
23 November 2019
Syria

#misikemanusiaansyriacare11
#bantuanmusimsejuk7

Kongsi Artikel Ini