Sambutan Maulidur Rasul tajaan rakyat Malaysia

IMG_0750
Alhamdulillah..
Pada 24 Oktober 2018, satu majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di salah sebuah masjid yang juga merupakan maahad tahfiz di Idlib, Syria.
 
Majlis ini diadakan khas atas permintaan dan tajaan sepenuhnya oleh seorang rakyat Malaysia yang budiman iaitu Pak Cik S.
 
Ia dihadiri oleh 500 lelaki dan 350 wanita termasuk para pelajar dan juga penduduk setempat.
 
Syria Care mewakili para hadirin yang mendapat manfaat daripada majlis ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pak Cik S.
 
Semoga Allah memberkati beliau.
 
[huge_it_slider id=”460″]

Kongsi Artikel Ini