Sahabat Omma sampai senget-senget nak ambilkan gambar ni

79270575_1037179689954283_9169824055350525952_o

Sahabat Omma sampai senget-senget nak ambilkan gambar ni.

Tapi bukan tu yang harus diberi tumpuan. Bangunan di belakang tu yang patut jadi perhatian. Bangunan Sekolah Ulfah adalah sekolah kita semua buat anak-anak yatim Syria di kawasan Atma. Bangunannya antara yang terbaik di kawasan itu. Sekarang ada lebih kurang 180 orang pelajar lelaki yang mendapat pendidikan peringkat awal. Mereka ini hampir kesemuanya anak-anak yatim dan hanya sebahagian anak orang-orang susah.

Atma ni satu kawasan yang penuh dengan khemah-khemah. Dan anak-anak ini hampir kesemuanya tinggal di dalam kem-kem di sana. Peluang berada di dalam bangunan yang berdinding dan berbumbung bagi kita bukan perkara pelik. Tapi bagi anak-anak zon perang ini, peluang belajar dalam suasana yang kondusif adalah satu perkara yang mereka dambakan. Dan terimakasih kepada anda semua tahun ini itu semua menjadi kenyataan.

Tapi pendidikan mereka perlu diteruskan. Dan setelah menziarahi sebuah sekolah anak-anak yatim perempuan di sini yang sangat uzur, kami terpanggil untuk memberi mereka juga peluang pembelajaran yang lebih baik.

Jadi jom bersama Syria Care. Kita realisasikan impian ini. Semoga menjadi saham akhirat yang bermakna buat kita.

Omma Sakinah a.k.a Ustazah Sakinah
Atma, Syria
29 November 2019

#Ommashares#ommarambles#ommatravels#Iamahumanitarianworker#travelogmisi#misikemanusiaansyriacare11#bantuanmusimsejuk7

Kongsi Artikel Ini