RUSIA BUNUH 15 PENDUDUK SYRIA

304911 Img650x420 Img650x420 Crop
Sekurang-kurangnya 15 maut selepas diserang ketika sedang berurusan di sebuah pasar sibuk di Ariha, Idlib.
 
Menurut White Helmets, lebih 20 yang lain cedera dalam pengeboman itu.
 
Saksi mendakwa ia dilakukan pesawat Rusia.
 
Serangan ke atas pasar awam yang sibuk adalah kali kedua dalam tempoh 24 jam.
 
Semalam, serangan yang sama membunuh lebih 11 nyawa di sebuah pasar dekat Saraqeb.
 
Menurut TRT World, Kementerian Pertahanan Rusia menafikan menjadikan kawasan pasar, pusat perubatan dan penempatan awam sebagai sasaran.
 
Sebaliknya mengulangi kenyataan bahawa serangan dibuat ke atas kumpulan penentang.
 
Begitu juga dengan media rasmi Syria, Syria News Agency (SANA). Sama sekali tidak melaporkan serangan yang dibuat pihak berkepentingan dengan regim Bashar al Assad ke atas orang awam.
 
Sejak Ahad lalu, Damsyik dan sekutunya meningkatkan serangan berkali ganda ke atas bandar di wilayah Idlib seperti Khan Sheikhoun, Maarat al Numan dan Saraqeb.
 
Dalam perkembangan berasingan seorang pekerja sokongan kepada tentera Turki di Idlib maut dalam serangan bom kereta, juga di Idlib.
 
Dalam kenyataannya Ankara menjelaskan serangan dibuat ketika konvoi anggotanya melintasi kawasan bebas perang.
 
Sementara itu di laman Twitter, Menteri Air dan Perhutanan Turki Veysel Eroglu mengesahkan mangsa yang maut adalah anggota kementeriannya.
 
“Hari ini, anggota Lembaga Pengarah Kerja Hidraulik Negara, Yasin Tanboga, yang menyertai Operasi Olive Branch, telah syahid. Mahmut Pakyurek mengalami cedera teruk dan Sarjan Omer Gunes cedera ringan”, katanya yang dipetik dari TRT.
 
 
 
 

Kongsi Artikel Ini