Rayuan Bantuan Kecemasan Idlib

Untitled

Syria Care menggerakkan Bantuan Kecemasan Idlib ekoran keadaan yang semakin kritikal di wilayah berkenaan yang kini menjadi sasaran terbaru serangan udara regim Bashar al Assad dan sekutunya Rusia.

Ia mensasarkan kutipan sebanyak RM290,000 bagi tujuan keperluan makanan.

 

 

Kutipan yang diterima akan digunakan untuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada pelarian melalui rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Syria sedia ada.

Bagi kawasan timur Idlib, pengagihan makanan akan diken

dali Khair Ghouta manakala Ulfah Relief pula akan menyediakan dapur rakyat di Al Bab, yang bersempadan dengan Turki.

Bagi tujuan yang sama, Syria Care berbincang dengan IHH Humanitarian Relief Foundation, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Turki yang mempunyai pengalaman lebih 26 tahun dalam misi kemanusiaan di seluruh dunia.

Sumbangan akan dihantar dengan segera berikutan keadaan yang semakin terdesak selepas puluhan ribu pelarian dari Idlib membanjiri kawasan bersempadan dengan Turki, bagi menyelamat diri.

Pada masa sekarang, terdapat lebih lebih tiga juta pelarian dalam negara (IDP) dan penduduk yang terperangkap di wilayah itu.

Keadaan kini semakin padat dan bantuan kemanusiaan sedia

ada yang disalurkan pelbagai agensi kemanusiaan antarabangsa dan NGO lain, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Atas keperluan itu, Syria Care merayu pelbagai pihak dan orang ramai membantu menghulurkan sumbangan kepada mangsa konflik di Idlib.

Lakukan sesuatu untuk membantu dan menyelamat nyawa mereka.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Syria Care:
🏧 Maybank: 562106653575
🏧 CIMB Islamic: 8601894560
🏧 RHB Bank: 26225000021775
🏧 Affin Islamic Bank: 1059900400041

Anda juga boleh menyumbang secara atas talian:

Donate

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Kewangan Syria Care di talian 01128809820.

Siti Sakinah Meor Omar Baki
Pengerusi Syria Care

Kongsi Artikel Ini