RAYU SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA

23231415_1492505654169601_5152872844886599136_n
 
 
ISTANBUL-Turki: Kelangsungan masa depan Maahad al Fateh al Ulum al Syariah wal Arabiyyah yang menempatkan pelajar Syria di Istanbul bergantung sepenuhnya dengan sumbangan rakyat Malaysia.
 
Bagi tahun ini sahaja, ia memerlukan tajaan sebanyak AS101,520 bagi memastikan segala urusan berkaitan pembelajaran, pentadbiran, sewaan dan lain-lain lagi berjalan lancar.
 
Kos berkenaan ditanggung Syria Care yang menjadi penaja tunggal sekolah berkenaan di bawah Projek #Edu4Syria.
 
“Bangunan dan asrama kita tanggung dan pada masa sekarang ia menempatkan 90 pelajar di mana 50 daripada mereka ditempatkan di asrama. Selebihnya termasuk pelajar perempuan yang datang untuk mengambil peperiksaan dan sijil”, kata Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki.
 
“Syria Care menaja kewangan dari awal penubuhan maahad yang menyediakan guru-guru yang tinggi ilmu dan dan pengalaman dalam bidang pendidikan”, jelasnya.
 
Sementara itu ketika ditanya wakil Syria Care di Istanbul, Dr. Husam al Saqbi menceritakan cabaran yang dihadapi pengurusan sekolah berkenaan.
 
“Bila Syria Care datang masalah kewangan telahpun diatasi manakala beberapa masalah lain kami cuba atasi”, katanya.
 
Menurut Dr. Husam lagi, meskipun mendapat sokongan daripada kerajaan Turki, dalam beberapa perkara tertentu, status pelarian turut memberi kesan kepada kebanyakan sekolah kendalian Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO di mana pihaknya perlu mendapat kelulusan rasmi untuk beroperasi.
 
Maahad al Fateh yang terletak di kawasan Esenyurt, antara destinasi kunjungan Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syria Care di Istanbul.
 
“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat dan kerajaan Malaysia, Sungguhnya kedatangan anda semua sebenar-benarnya menunjukkan sebagaimana maksud ayat Al Quran sesungguhnya setiap orang Islam itu bersaudara,” kata Pengetuanya Sheikh Mahmud Dahla, ketika menyampaikan ucapan alu-aluan kepada rombongan.
 
Kepada mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Syria Care:
CIMB Islamic : 8601 89 4560
Maybank Islamic : 5621 0665 3575
RHB Islamic : 2622 5000 021775
Affin Islamic : 1059 9004 0004

Kongsi Artikel Ini