Rangkuman Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk ‘Warm Their Winter’ 2023

Rangkuman WTW

Sempena projek ‘Winter Aid’ pada tahun ini, Syria Care sekali lagi menjalankan Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk ‘Warm Their Winter’.

Butiran adalah seperti berikut:-

🗓️ 7 Sep. 2023
▪️ Gerak kerja projek bermula.

🗓️ 3 Okt. 2023
▪️ Majlis Pelancaran Projek ‘Winter Aid’, dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Masdiana Muhamad.
▪️ Sidang Media turut dilaksanakan dengan kehadiran wakil dari Sinar Karangkraf, Min Qalby Foundation dan MBSA.

🗓️ 14 – 22 Okt. 2023
▪️ Projek ‘Warm Their Winter’ berlangsung di Dewan Melati, Seksyen 7, Shah Alam.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Firdaus, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Tiga (MBSA) di atas sokongan dan kebenaran penggunaan dewan.

Sukarelawan untuk projek ini terdiri daripada pensyarah dan para pelajar:
▪️ Management & Science University
▪️ Universiti Teknologi MARA
▪️ Politeknik Nilai
▪️ Kolej Poly-Tech MARA Bangi
▪️ Universiti Pendidikan Sultan Idris

Hab pengumpulan ‘Warm Their Winter’:
▪️ Jemaah Hasanah, Taman Keramat
▪️ Sasuke Premium Outlet di Danau Kota, Bangi dan Kajang
▪️ Adina Charity Circle, Damansara
▪️ Kolej Poly-Tech MARA Bangi
▪️ Muslim Mart, Keramat
▪️ Community4Syria, Port Dickson
▪️ Kedai Adi, Semenyih

Terima kasih juga diucapkan kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Global Peace Mission Malaysia dan The Charms Team sumbangan pakaian untuk projek ini.

Projek ini turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan yang cakna dengan isu kemanusiaan Syria antaranya Furqan Fawwaz, Nurfarahin Jamsari, Mazlin Nordin, Ikhwan Fatanna, Radhi Khalid, Zukie Mohamad, Amai Kamarudin dan Daniesh Suffian.

Hasil kutipan pakaian musim sejuk:
▪️ Sasaran: 756 kotak
▪️ Jumlah berjaya diperolehi: 1,405 kotak (dua kontena)

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan projek ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Kongsi Artikel Ini