MARKAZ AL-AHBAB – IDLIB (2016)

SAMSUNG CSC

Alhamdulillah Ya Allah. Dengan izinNya, perjalanan membantu insan yang memerlukan telah berjalan lancar. Tiada kata yang mampu diucapkan kecuali syukur kehadrat Ilahi. Proses memasak dan mengagihkan makanan ifthaar telah diusahakan oleh NGO Markaz al-Ahbab. Mereka bertanggungjawab memastikan penduduk di sana dapat menikmati juadah ifthaar. Alhamdulillah. Lihatlah senyuman anak-anak Syria yang terpilih untuk menerima juadah berbuka. Mereka begitu bersyukur dengan rezeki Allah. JazakumuLLahu khairan kathiran buat semua yang telah menjayakan usaha ini. Semoga Allah meredhai segala usaha yang dilakukan. Hasbunallahu wa ni’mal wakeel.

Kongsi Artikel Ini