Tersenyum anak-anak pelarian Syria yang tinggal di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid di Al Bab apabila menerima agihan set iftar tajaan rakyat Malaysia pada 7 Ramadan 1444H. Di sini terdapat 21 buah khemah yang telah didirikan bagi menempatkan 21 buah keluarga mangsa-mangsa yang terjejas teruk dengan bencana gempa bumi di Jinderes.
Dengan sumbangan anda, mereka dapat menikmati juadah berbuka puasa berupa nasi kabsah yang enak bersama ayam panggang dan ‘ayran’ (minuman yogurt). Semoga apa yang diberikan ini menjadi asbab kasih sayang Allah SWT kepada anda semua yang menaja.