Qurban4Syria-Sembelihan Kambing: Khas Untuk Ibu Anak Yatim Syria (2)

alya (3)

Alhamdulillah pada hari keempat Aidiladha 1439H pihak Syria Care dengan kerjasama rakan NGO, Ulfah Relief di Turkman Bareh, utara Aleppo, Syria, telah berjaya melaksanakan amanah yang telah diberi. Bagi tahun ini, ibadat korban melibatkan penyertaan 167 ekor kambing.

Tujuh ekor daripadanya dilaksanakan melalui ‘Program Tajaan Korban Khas Untuk Ibu Anak-Anak Yatim Syria’. Ia ditaja oleh salah seorang penaja anak yatim khas buat ibu anak tajaannya.
Laporan ini salah satu daripadanya yang dibuat atas nama : ALYA ALSHA’AR

Laporan terdahulu : https://www.facebook.com/pg/syria.care/photos/?tab=album&album_id=1832134940206669

Semoga Allah menerima korban para peserta Qurban4Syria 6.0 tahun sebagai amalan soleh pemberat timbangan di hari akhirat kelak.

Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan untuk kami melaksanakan ibadat korban anda di bumi Syam.

[huge_it_slider id=”418″]
#syriacarenews #syriacaremedia #qurban6.0

Kongsi Artikel Ini