Qurban4Syria 8.0 – Sedekah Sembelihan di Kafar Yahmul ( Hari Kedua )

IMG-20200801-WA0327

Kepada penyumbang budiman, lihatlah senyuman melirik yang dilemparkan kanak-kanak ini walaupun di sebalik penutup hidung dan mulut.

Penyembelihan kambing bagi sedekah sembelihan dilaksanakan secara berperingkat di beberapa kawasan di utara Syria.

Tarikh: 11 Zulhijjah 1441H
NGO pelaksana : Khair Gota
Bilangan : 35 ekor kambing
Tempat: Kafar Yahmul
Penerima manfaat: 3,500 orang ( 700 buah keluarga )

Bagi Aidiladha 1441H sebanyak 290 ekor kambing telah berjaya dikumpul untuk sedekah sembelihan.

Dagingnya kemudian diagih kepada pelarian Syria di kawasan sekitar.

Alhamdulillah, sumbangan anda memberi erti yang amat besar.

Kepada para dermawan, kami mewakili mereka yang di sana merakamkan jutaan terima kasih kerana telah menjayakan program ini.

#syriacaremalaysia #syriacareforhumanity #qurban4syria #sedekahsembelihan #letsbepartofarealsolution #upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini