Putin ikrar terus bom rakyat Syria

2

Presiden Rusia, Vladmir Putin memberi isyarat jelas tidak akan menghentikan serangan yang sedang dilakukannya bersama regim Bashar al Assad ke atas orang awam di bahagian barat laut, di utara Syria meskipun korban nyawa kini mencecah hampir 1,000 orang.

Perkara itu diakui Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada media pada Jumaat.Isu berkenaan berbangkit selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendesak rakannya sejawatnya melaksanakan gencatan senjata bagi menghentikan pembantaian dan pembunuhan berterusan ke atas orang awam di kawasan berkenaan serta mencari penyelesaian politik.

Dalam kenyataannya wakil Putin cuba menyalahkan Ankara yang didakwanya tidak bertanggungjawab untuk menghentikan serangan kumpulan penentang anti Bashar ke kawasan yang menjadi kepentingannya, termasuk pengkalan udara Khmeimim.

Perkara itu dijadikan alasan untuk menghalalkan pembunuhan ke atas orang awam sepanjang Ramadan 1440H.Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), melaporkan seramai 948 orang telah terbunuh sepanjang kempen besar-besaran kali ini.

Menurut kumpulan aktivis yang berpengkalan di United Kingdom itu, satu pertiga daripada mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.Katanya, sejak 28 April, tentera regim meningkatkan serangan udara dan roket ke atas kawasan yang dikuasai Hayat Tahril al Syams (HTS) dan kumpulan penentang lain.

Dalam laporan yang dipetik dari Middle East Eye, SOHR mendakwa sejak 30 April lepas seramai 228 telah terbunuh di mana 67 daripada mangsa adalah kanak-kanak.Manakala serangan balas daripada kumpulan anti kerajaan ke atas kawasan yang dikuasai regim dan Rusia menyebabkan 22 orang awam termasuk 10 kanak-kanak maut.Pengeboman berterusan turut membunuh 369 anggota kumpulan penentang sementara kematian di pihak regim seramai 269 orang.Keadaan yang berlaku menyebabkan lebih 270,000 pelarian sedia ada cuba menyelamatkan diri ke tempat lain.

Namun ia semakin teruk kerana tiada kawasan yang selamat dari serangan, khususnya di Idlib.Berikutan pembantaian tanpa henti, lebih 16 agensi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpaksa menggantung misi kemanusiaan di kawasan berkenaan.

Razali Awang Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini