Program Singgah Zohor di Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya

341214212_616463707056748_1021254599170389586_n

Program Singgah Zohor Syria Care telah diadakan di Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya. Ianya merupakan sebuah program inisiatif Syria Care bagi berkongsi maklumat mengenai isu-isu ummah serta kemanusiaan.

Perkongsian bertajuk ‘Syria dan Ramadan’ telah disampaikan oleh Puan Siti Sakinah Meor Omar Baki, Pengerusi Syria Care dan Puan Juliana Binti Megat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pertanian Bandar, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, sebagai hos.

Seramai 60 orang penjawat awam dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia telah menghadiri majlis tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengajur di atas jemputan ini. Semoga program ini dapat menzahirkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab dalam membantu para pelarian Syria.

Bersama Syria Care, kita bantu.

Kongsi Artikel Ini