Program ‘Sinar Kemanusiaan: Bersama Membentuk Dunia Yang Lebih Baik’

Program ‘Sinar Kemanusiaan: Bersama Membentuk Dunia Yang Lebih Baik’

Alhamdulillah, program ‘Sinar Kemanusiaan: Bersama Membentuk Dunia Yang Lebih Baik’ sempena karnival sambutan ulang tahun Kuliyyah Bahasa dan Pengurusan Ke-10 dan ulang tahun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Ke-40 yang berlangsung di Dewan Auditorium 3 Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh berjalan dengan lancar.

Semoga perkongsian Puan Siti Sakinah Meor Omar Baki (Pengerusi Syria Care) dapat membuka minda para pelajar serta tetamu-tetamu yang hadir untuk lebih cakna dengan nasib saudara-saudara kita di bumi Syam khususnya Syria dan Lubnan.

Terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya. Dr. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid (Dekan Kuliyyah Bahasa dan Pengurusan), Puan Nur Masturah Binti Mohamad Arif (Pegawai Psikologi) sebagai moderator, Encik Muhammad Zulhafizi Bin Mohd Yusof (Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar) dan pihak UIAM di atas jemputan ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan UIAM yang terlibat dan para pelajar kerana sudi meluangkan masa anda untuk program istimewa ini.

Kongsi Artikel Ini