Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM) mewakafkan empat buah rumah di Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria, Kampung Malaysia di Al Bardaqli, Atma yang dibangunkan Syria Care

Placeholder website-01

Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM)
mewakafkan empat buah rumah di Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria, Kampung Malaysia di Al Bardaqli, Atma yang dibangunkan Syria Care.

Penyerahan dana kutipan bagi mewakafkan rumah berkenaan telah dibuat di pejabat Syria Care oleh pengerusi serta timbalan pengerusinya, Mustapa Omar dan Rahana Ab Rahim kepada Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki.

Menurut Rahana, pada peringkat awal, pihaknya, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengajak orang ramai untuk membaca, memahami dan mengamalkan Al Quran menyasarkan kutipan untuk tiga buah rumah, namun sambutan yang diterima begitu menggalakkan sehingga dana yang dikumpul membolehkan empat buah rumah diwakafkan.

Bagi tujuan berkenaan, RM30,360 telah diserahkan hasil sumbangan daripada ahli-ahlinya dan orang ramai.

Katanya, sehingga kini PQDM, masih menerima sumbangan .

Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria dibangunkan di utara Syria akan menempatkan 292 buah rumah yang akan menempatkan pelarian di kawasan penempatan tersusun lengkap dengan masjid, sekolah, pasaraya mini, klinik, pejabat pengurusan dan padang permainan.

#syriacaremedia

Kongsi Artikel Ini