Perkongsian di Qatar

WhatsApp Image 2019-11-20 at 12.13.43 PM (1)

Dalam perjalanan menuju ke Turki sebelum memasuki Syria, petugas-petugas misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 transit di Doha, Qatar.

Mereka mengambil peluang ini untuk berjumpa dan mengadakan perkongsian bersama rakyat Malaysia yang berada di sana. Sesi ini dihoskan oleh Saudara Aiman bersama isterinya, Puan Afzana Anum.

Puan pengerusi, Ustazah Siti Sakinah telah berkongsi tentang pengalaman misi-misi yang lepas dan tentang projek-projek yang sedang dilaksanakan.

Alhamdulillah, perkongsian ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh semua yang hadir pada hari itu. Mereka juga sangat teruja untuk terus memberi kerjasama dan sokongan terhadap kerja-kerja kemanusiaan yang dijalankan oleh Syria Care.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Anum dan Encik Aiman sebagai hos pada malam tersebut.

Semoga urusan para petugas bagi misi kali ini akan dipermudahkan.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini