Perkembangan Projek Kampung Malaysia Syria Care (KMSC) – MISI 12

WhatsApp Image 2021-02-26 at 11.28.08 AM

Keberadaan tim Syria Care di Al Bardaqli, Syria adalah untuk melihat sendiri perkembangan projek Kampung Malaysia Syria Care (KMSC) iaitu projek perumahan pelarian Syria yang dibangunkan hasil wakaf para dermawan yang budiman.

Sejajar dengan perkembangan tersebut, para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 dijangka berangkat ke Turki dan Syria pada malam ini, 26 Februari 2021.

Doa dan sokongan rakyat Malaysia amat diharapkan agar tanggungjawab dan amanah ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Buat pengetahuan semua, sumbangan wakaf tunai bagi KMSC masih dibuka.

Tekan pautan https://syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria/ bagi maklumat lanjut.

#misikemanusiaansyriacare#inibukankerjamainmain#kampungmalaysiasyriacare

Kongsi Artikel Ini