Perkembangan pembinaan Pusat Perubatan Aafiyah

143662863_1380499538955628_6503413499279253891_o

Pembinaan tingkat pertama bagi Pusat Perubatan Aafiyah di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care (WKMSC), Projek Perumahan Pelarian Syria, Al Bardaqli telah bermula.

Bangunan dua tingkat ini bakal dilengkapi dengan pusat fisioterapi dan kemudahan asas lain yang memberi rawatan kesihatan secara percuma kepada pelarian Syria.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para pewakaf yang telah menyumbang bagi projek ini.

Namun, dana wakaf bagi melengkapkan prasarana lain seperti penambahan bangunan sekolah, pembinaan pagar, penurapan jalan dan sistem kumbahan masih banyak lagi diperlukan.

Bagi maklumat lanjut mengenainya, sila tekan pautan https://syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria/.

Kongsi Artikel Ini