Perjalanan Tim Misi Kecemasan Gempa Bumi Syria – Türkiye dari Gazientep ke Reyhanlı

WhatsApp Image 2023-02-15 at 11.08.40 PM

15 Februari 2023

Tim Misi Kecemasan Gempa Bumi Syria – Türkiye yang diketuai oleh Puan Siti Sakinah Meor Omar Baki, Pengerusi Syria Care bersama pasukan perubatan dari Team Emergency Medical Services (TEMS) dan wartawan Sinar Harian meneruskan perjalanan menaiki kapal terbang dari Istanbul menuju ke Gazientep, Türkiye kemudian menggunakan jalan darat ke Reyhanlı.

Ketika dalam perjalanan, petugas misi melewati kawasan-kawasan yang masih lagi dituruni salji walaupun sepatutnya musim sejuk hampir sampai ke penghujungnya. Musim sejuk yang berpanjangan ini, turut menjadi salah satu cabaran buat para pelarian yang tinggal di dalam khemah.

#syriacaremedia

#syriacareforhumanity

#upliftingsoulsandhumanity

#bersamasyriacarekitabantu

Kongsi Artikel Ini