PERANCIS SEDIA SERANG BASHAR

Whatsapp Image 2018 02 26 At 14.08.38

Perancis memberi amaran untuk melancarkan serangan ke atas Syria selepas gertakan sama dibuat Amerika Syarikat.

Pengulangan kenyataan tegas itu kemudian disiarkan akhbar atas talian, Gulfnews.

Ia kenyataan kedua dalam masa sebulan oleh Paris, selepas Presiden Emmanuel Macron memberi amaran untuk berbuat demikian pada 14 Februari lalu, di mana beliau tidak teragak-agak untuk bertindak sekiranya mempunyai bukti kukuh regim Bashar menggunakan senjata kimia ke atas orang awam.

Tegas Macron, pihaknya hanya menunggu masa sebelum bertindak melancarkan serangan ke atas regim.

Gertakan itu menyusul berikutan serangan senjata kimia ke atas orang awam yang mengorban sekurang-kurangnya seorang nyawa kanak-kanak di kampung Al Shifuniyah,Timur Ghoutah pada Ahad.

Regim Bashar dituduh menggunakan gas klorin, sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi gencatan senjata.

Menurut Syrian Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), kanak-kanak berusia tiga tahun itu meninggal kerana kesesakan nafas, manakala 14 yang lain termasuk dua anggota White Helmets, berjaya diselamatkan.

“Kebanyakan pesakit mempunyai bau klorin di pakaian pada kulit mereka. Sebahagian besar mengalami kesukaran bernafas dengan kesan rengsa pada kulit dan mata,” kata pegawai perubatan yang dkenali Dr Yacub kepada agensi berita AFP.

Sejak 18 Februari lalu, lebih 500 penduduk Timur Ghoutah terbunuh selepas tentera Bashar bersama konco-konconya melancarkan serangan udara dan meriam tanpa henti ke atas kawasan yang masih dikuasai kumpulan anti kerajaan.

 

Kongsi Artikel Ini