Penyerahan Zakat Pendapatan oleh UDA Holdings Berhad

UDA Holdings

05.09.2018

Pihak UDA Holdings Berhad yang diwakili oleh Puan Radziah Mohamed Fadzil, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan dan Puan Latifah Osman, Ketua Perhubungan Media telah datang ke pejabat urusan Syria Care untuk menyerahkan wang zakat pendapatan dalam bentuk cek berjumlah RM 10,000.00.

Terkesan dengan keadaan yang berlaku di Syria terutamanya mangsa-mangsa konflik tersebut telah membuatkan pihak UDA Holdings Berhad memilih untuk menyumbangkan wang zakat pendapatan untuk membantu mangsa-mangsa tersebut melalui Syria Care.

Semoga pihak UDA Holdings Berhad akan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan yang dilaksanakan oleh Syria Care.

#syriacaremedia #syriacarenews #upliftingsoulandhumanity

[huge_it_slider id=”400″]

Kongsi Artikel Ini