Hari ini 6 April 2017 menyaksikan kami dari Gabungan NGO Kemanusiaan Syria menyerahkan memorandum bantahan terhadap keganasan serangan gas sarin ke atas Khan Sheikhoun,Idlib Syria pada 4/4/2017 yang lalu.
Sebelum itu pihak Gabungan NGO Kemanusiaan Syria telah mengadakan sidang media dan menyatakan tuntutan dan gesaan yang perlu diambil tindakan. 4 orang wakil telah dibenarkan menghampiri pintu Kedutaan Syria yang diiringi pihak polis.
Mereka adalah Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor Pengerusi MyCare,Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki Pengerusi Syria Care,Ustaz Rizal Ali Naib Pengerusi Syria Care dan Saudara Syahrir Azfar Ketua Pegawai Operasi Malaysia Lifeline For Syria.
Namun usaha kami untuk bertemu dengan Tuan Duta tidak kesampaian apabila kami tidak diterima masuk malah usaha untuk menetapkan temujanji di hari lain bertemu jalan buntu.
Namun pihak kami tetap menyampaikan memorandum yang telah kami bawa melalui pintu besi kecil.
Hasbunallahu wa ni’mal wakeel.
Walaupun usaha kami mungkin kecil tetapi kami mengharapkan sokongan semua agar kita dapat mengenakan tekanan dan satu tindakan akan diambil untuk menghentikan semua keganasan yang telah berlanjutan sehingga ke tahun yang ke tujuh ini.