PENYEMBELIHAN BESAR-BESARAN DI TIMUR GHOUTAH

28059167_591213684550837_503730422483526128_n
 
 Sekurang-kurangnya 94 maut dalam tempoh 24 jam, selepas regim Bashar al Assad membantai tanpa henti ke atas kedudukan orang awam di Timur Ghoutah pada Isnin.
 
Peningkatan serangan itu dibuat sebagai persiapan serangan darat besar-besaran ke atas penempatan di pinggir Damsyik, yang masih dikuasai kumpulan penentang.
 
Serangan semalam adalah kesinambungan pengeboman bertubi-tubi sejak Ahad lalu, di mana lebih 260 roket dan bom dilancarkan.
 
Mengulas perkembangan berkenaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata keadaan di sana tidak lagi terkawal.
 
BBC melaporkan, serangan berkenaan bukan setakat mensasarkan orang awam, tetapi apa sahaja berkaitan dengan keperluan hidup mereka termasuk kilang roti, gudang dan bekalan makanan.
 
Selain itu, jalan utama juga tidak terlepas dan strategi berkenaan dikatakan bagi menghalang sebarang usaha menyelamat mangsa yang tercedera.
 
Peningkatan mendadak angka kematian mangsa juga kerana kemudahan perubatan gagal beroperasi selepas ia dimusnahkan regim.
 
Pada Isnin sahaja, empat buah hospital sementara, termasuk yang menyediakan kemudahan bersalin telah menjadi sasaran.
 
 
 

Kongsi Artikel Ini