PENGKALAN TENTERA BASHAR KENA SERANG

WhatsApp Image 2018-04-09 at 13.33.59

Syria mengesahkan pengkalan tentera utamanya yang dikenali T-4 Airfiled, di pinggir Damsyik telah menjadi sasaran peluru berpandu.

Agensi rasmi negara itu, SANA mengesahkan sekurang-kurangnya 8 serangan berjaya ditangkis.

Ia turut melaporkan pencerobohan itu turut meragut nyawa dan mencedera ramai yang lain.

Dalam siaran beritanya, ia menuduh serangan telah dilakukan Amerika Syarikat.

” Pencerobohan dilakukan di pangkalan udara T-4 dalam beberapa serangan yang kemungkinan besar dibuat Amerika Syarikat,” lapor SANA.

Mengulas mengenai perkara itu, Pentagon menafi keras Washington bertanggungjawab melancarkan serangan.

Penafian yang sama turut dibuat Israel.

Pada Ahad, Presiden Donald Trump memberi amaran kepada regim Bashar al Assad dan sekutunya akan membayar harga yang tinggi selepas kumpulan bantuan perubatan melaporkan berpuluh maut akibat serangan menggunakan senjata kimia di Douma, Timur Ghoutah.

Laporan seterusnya akan dikemaskini.

Kongsi Artikel Ini