Pengijazahan 17 Kitab Bersanad

2

Para pelajar Maahad Abi Hanifah An Nouman diberikan satu peluang keemasan apabila mereka dianugerahkan ijazah 17 kitab lengkap bersanad sehingga sampai ke penulisnya.

Pengijazahan ini disampaikan dalam satu majlis khas bagi meraikan 10 pelajar yang telah berjaya menghafaz keseluruhan Al-Quran dan juga perlaksanaan ibadah aqiqah dari Malaysia pada majlis yang sama.

Untuk makluman semua, Maahad Abi Hanifah An Nouman yang terletak di ‘Adnaniyah, Idlib ini ditaja sepenuhnya oleh sumbangan rakyat Malaysia melalui projek #Edu4Syria Syria Care.

#SCNews

 

Kongsi Artikel Ini