PENGGANAS KURDISH SERANG MASJID

76
Sekurang-kurangnya dua maut manakala 11 yang lain cedera selepas kumpulan pengganas Kurdish, YPG melancarkan serangan roket ke atas Masjid Calik, Kalis , Turki.
 
Seorang warga Turki dan seorang pelarian Syria, disahkan sebagai mangsa yang terbunuh.
 
Ia dibuat ketika jemaah sedang menunaikan solat Isya’, sekitar jam 18.10 petang waktu tempatan.
 
Dalam kenyataannya Pejabat Gabenor Kilis mengesahkan roket yang dilancarkan turut mengenai kediaman penduduk bandar itu dan menyebabkan lima yang lain mengalami kecederaan ringan.
 
Serangan dilakukan pada hari kelima Ankara melakukan operasi terhadap kumpulan yang disokong Amerika Syarikat itu di Afrin, Syria.
 
Turki menegaskan tindakannya di kawasan berkenaan bersandarkan undang-undang antarabangsa, di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana ia diberi hak di bawah piagam badan dunia itu untuk melindungi negaranya.
 
Awal bulan ini, pentadbiran White House mengumumkan rancangannya untuk mewujudkan 30,000 Tentera Pelindung Sempadan Syria dengan sekutunya Syrian Democratic Forces (SDF) berserta Yekîneyên Parastina Gel (YPG) yang didokong puak Kurdish.
 
Ia dibantah keras Presiden Recep Tayyip Erdogan dan berikrar akan bertindak tegas terhadap rancangan berkenaan, yang dilihat beliau memberi ancaman kepada keselamatan dalam Turki.
 
Perkembangan berkenaan menyebabkan pergeseran sedia ada antara negaranya dengan Amerika Syarikat semakin teruk.
 
Sokongan yang diberikan Washington terhadap YPG menimbulkan banyak persoalan kerana sebelum ini induknya, iaitu Partiya Karkerên Kurdistanê (PKK) telah dilabel pengganas oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU).
 
Razali Awang
Media Syria Care
 

Kongsi Artikel Ini