Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Syria Care melancarkan Ramadan Al-Khair buat kali ke-11.
Saban tahun berlalu, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuh para pelarian Syria.
Dahulunya bahagia punyai rumah, namun kini hidup di dalam khemah. Bukanlah mereka minta hidup sebegini rupa, namun takdir telah menentukan segalanya.
Bukanlah meminta-minta itu lumrah mereka tapi dek kerana kesusahan dan derita yang tak mampu lagi mereka tanggung. Justeru kita yang punyai ‘segala’, ayuh bantu mereka dengan apa yang kita mampu pada Ramadan kali ini.
Bersama kembali memberi kegembiraan buat mereka dengan Tajaan Iftar 2023 melalui platform OderFood.
Satu set iftar hanya RM25
Sekotak pek makanan hanya RM200
Layari www.oderfood.my sekarang untuk membuat pesanan anda ke Syria.
Anda pesan, kami hantar.
Tabung Infaq Umum Ramadan juga dibuka, ia akan disalurkan untuk pendidikan anak-anak Syria, penajaan anak yatim dan bantuan umum.
Bersama Syria Care, kita bantu