Pelajar Unisel serah sumbangan

39138585_1809920655761431_5143814801201299456_n

Isnin – 13 Ogos 2018

Sekumpulan pelajar Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Shah Alam bersama pensyarah mereka hadir ke pejabat Syria Care bagi menyerahkan sumbangan untuk rakyat Syria.

Sumbangan sebanyak RM800.00 yang diserahkan hasil program “Movie Night – Syria Care” yang dianjurkan di kampus mereka.

Ustazah Siti Sakinah selaku Pengerusi Syria Care berkesempatan memberi penerangan tentang isu terkini di Syria serta aktiviti dan projek yang dilaksanakan oleh Syria Care sendiri kepada rombongan yang hadir.

Apa yang menarik perhatian kami, kumpulan pelajar yang menggelarkan diri sebagai ‘Community Syria Care’ ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama kerana bagi mereka isu kemanusiaan ini merentas semua sempadan yang ada.

Tahniah Syria Care ucapkan kepada anak muda yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga sumbangan ini dapat membantu dan menggembirakan saudara kita di Syria.

#syriacaremedia

[huge_it_slider id=”321″]

Kongsi Artikel Ini