Pelajar UNISEL serah sumbangan

39235532_1809920659094764_7483118315775197184_o

Pelajar Unisel serah sumbangan

Isnin – 13 Ogos 2018

Sekumpulan pelajar Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Shah Alam bersama pensyarah mereka hadir ke pejabat Syria Care bagi menyerahkan sumbangan untuk rakyat Syria.

Sumbangan sebanyak RM800.00 yang diserahkan hasil program “Movie Night – Syria Care” yang dianjurkan di kampus mereka.

Ustazah Siti Sakinah selaku Pengerusi Syria Care berkesempatan memberi penerangan tentang isu terkini di Syria serta aktiviti dan projek yang dilaksanakan oleh Syria Care sendiri kepada rombongan yang hadir.

Apa yang menarik perhatian kami, kumpulan pelajar yang menggelarkan diri sebagai ‘Community Syria Care’ ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama kerana bagi mereka isu kemanusiaan ini merentas semua sempadan yang ada.

Tahniah Syria Care ucapkan kepada anak muda yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga sumbangan ini dapat membantu dan menggembirakan saudara kita di Syria. #syriacaremedia .

Kongsi Artikel Ini