Misi kali ini cukup istimewa kerana selepas kejatuhan Bashar, kami mampu ke kawasan yang sebelum ini merupakan kawasan ‘haram’ bukan sahaja bagi kami, tetapi bagi sebahagian besar rakyat Syria.
Lalu Pengasas Syria Care, Sheikh Samir Sakka, membawa kami ke kawasan yang dipanggil Salma di pergunungan Latakia yang dikenali sebagai ’Bandar Sejuta Bom Barrel’. Memasuki kawasan ini, kami dapat lihat peninggalan rumah-rumah yang pada asalnya nampak mewah binaannya namun kesan tembakan, artileri dan roket menyebabkan dinding-dindingnya berlubang. Bukan sekadar itu, kebanyakan rumah di sana telah hilang pintu dan tingkapnya, secara khusus besi dalam dinding dicuri untuk dijual.
Kami kehairanan. Manusia jenis apakah mereka ini sehingga memperlakukan sedemikian? Dan keadaan ini bukan berlaku di Salma sahaja, malah di seluruh bandar-bandar dan kampung-kampung yang kami lawati.
Maklumat yang kami terima, besi-besi tersebut dijual di pasaran gelap kerana bagi tentera-tertera Bashar Al Assad, semua harta benda orang-orang Sunni itu halal bagi mereka. Buatlah apa sahaja samada mencuri, menculik, mendera atau membunuh sekalipun, semuanya halal.
Berbalik kepada Salma.
Sewaktu melalui salah satu jalan di sana, kami ternampak seorang pakcik sedang berjualan kopi, teh, Indomie dan biskut. Kami kepelikan mengapa dia berjualan di situ? Sekelilingnya hanya runtuhan bangunan yang tidak berpenghuni.
Namun jawapan pakcik itu mengejutkan kami. Dia buat masa ini tinggal di dalam sebuah bilik yang ditampal dindingnya. Lalu satu meja kecil dibuka di hadapan bilik itu untuk berjualan.
”Saya dahulu tinggal di sini tapi terpaksa meninggalkannya akibat serangan udara yang bertubi-tubi. Di sini dipanggil Namdar Sejuta Bom Barrel. Keadaan tidak selamat dan kami berpindah di kem As Sahil. Hari ini setelah Bashaar jatuh, saya kembali semula di sini untuk memulakan kehidupan. Kami rakyat yang akan berusaha apa sahaja untuk teruskan hidup”
Semangatnya untuk terus hidup sangat mengagumkan saya. Banyak ibrah yang dapat kita ambil dari mereka sebenarnya.
Siti Sakinah binti Meor Omar Baki,
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 18.0,
Salma, Latakia, Syria
27 Januari 2025
: Maybank – 5505 1424 0118
: www.syriacare.org.my/AmalAid
‘ – , , & ü’: –
: www.syriacare.org.my/Ramadan
, .
, .