Operasi Spring Shields lonjak imej Erdogan

WhatsApp Image 2020-03-02 at 3.18.19 PM

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera regim Bashar al Assad terhadap askar Turki yang mengorbankan 36 nyawa pada Khamis lalu di Idlib, telah mendorong pentadbiran Presiden Recep Tayyip Erdogan mengambil langkah lebih keras dengan melancarkan serangan balas.

Bukan setakat itu, Ankara juga bertindak membuka pintu sempadannya dengan Greece sama ada melalui jalan darat dan laut bagi melepaskan bebanan pelarian Syria yang selama ini terpaksa ditanggung untuk membolehkan mereka mencari perlindungan ke negara ketiga di Eropah.

Erdogan yang selama ini cuba bertahan dengan pelbagai janji yang ditawarkan Negara Kesatuan Eropah (EU) untuk sama-sama menangani isu pelarian benar-benar hilang sabar dengan tindak tanduk Negara Barat yang main lepas batuk di tangga bagi mencari penyelesaian. Hampir sembilan tahun, keadaan tidak banyak berubah sedangkan bebanan yang diterima semakin bertambah.

Sejak konflik bermula pada Mac 2011, Turki terpaksa menampung bebanan 3.7 juta pelarian akibat konflik yang pada masa sama berdepan dengan kemelut ekonomi dan ancaman pengganas Kurdish.

Ia satu pertarungan bukan sahaja dengan dasar luar negara itu terhadap isu Syria tetapi karier parti politik yang diterajui Erdogan sendiri, AK Party.

Kekalahan pemilihan calon partinya dalam Pilihanraya Datuk Bandar Istanbul, salah satu jawatan paling kanan untuk menjadi perdana menteri dan presiden pada Jun 2019, ia telah memberi isyarat jelas, rakyat Turki tidak dapat lagi menerima dasar Erdogan yang begitu tertekan dengan masalah ekonomi dan kesan kebanjiran pelarian.

Erdogan perlu bertindak!

Operasi Spring Shields yang dilancarkan minggu lalu menaikkan semula imej beliau.

Tindak balas ketenteran Turki terhadap dasar “ barbarisme” Bashar telah berjaya mendapat sokongan rakyat yang selama ini melihatnya begitu berlembut dan cuba bermain tarik tali dengan “bapak ayam” Damsyik, Rusia.

Erdogan telah mengajar kesombongan dan keangkuhan seterunya dengan melancarkan serangan balas ke atas kedudukan logistik tentera Syria.


Menurut sumber tidak rasmi, tujuh buah kilang senjata kimia, 300 kenderaan termasuk 100 kerta kebal, lapan buah helikopter dan dua jet pejuang regim telah musnah dikerjakan tentera Turki.

Sejak lima hari lalu, Turki mendakwa seramai 2,212 tentera Turki telah berjaya di “neutralised” terma yang merujuk kepada dibunuh, cedera atau ditangkap.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), lebih 100 tentera Syria dan konco-konconya telah dibunuh selepas 29 Februari 2020.

Bagi memaparkan kejayaannya, Kementerian Pertahanan Kebangsaan Turki berkongsi di laman sosial visual serangan ke atas kedudukan logistik tentera regim Bashar.

Menurut sumber tidak rasmi, tujuh buah kilang senjata kimia, 300 kenderaan termasuk 100 kerta kebal, lapan buah helikopter dan dua jet pejuang regim telah musnah dikerjakan tentera Turki.

Bagi pelarian Syria, mereka menumpang gembira, nampun ia masih tiada kesudahan selama mana krisis ini tidak diselesaikan. Foto Anadolu.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini