Anak-anak Kem Ra’su Sin yang istimewa

278711047_1712464675759111_6618739710637256070_n

Ada yang berlari ke arah Omma bila tim kami sampai dan memeluk erat beberapa ketika. Yang berkepit dan tidak melepaskan tangan Omma. Yang berjalan sama setiap langkah dengan Omma. Yang melaung “Ummu Muaz, Ummu Muaz” beramai-ramai dalam keadaan gembira.

Omma cuba santuni setiap seorang mereka selagi mampu. Menyampaikan kehangatan kasih-sayang rakyat Malaysia yang perihatin kepada mereka.

Mereka anak-anak mangsa peperangan yang teraniaya. Namun mereka punya jiwa yang besar dan hati yang mulia. Sebungkus gula-gula yang kami berikan dibuka dan dikongsi bersama. Malah Omma juga diberinya.

Bila Omma menolak, mereka berkeras supaya Omma ambil. ‘Buat berbuka’ pesan mereka. Sedangkan pada Omma, mereka lebih memerlukan.

Omma sayu. Nak ambil maknanya kurang satu habuan mereka. Tak ambil nanti mereka kecil hati pula. Jadi Omma ambil. Tersengih mereka kegembiraan.

Subhanallah. Mereka tahu nikmat yang dirasai apabila kita memberi. Ada sedikit, tetap dikongsi. Ada banyak, dirasai bersama.

https://syriacare.org.my/oderfood/

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0
Arsal, Syria
14 April 2022

#travelogmisi
#MisiKemanusiaanSyriaCare13
#Iamahumanitarianworker

Kongsi Artikel Ini