#OderFoodChallenge

70514312_1202741320114595_3491062822505283584_o

#OderFoodChallenge

Sekarang ini sudah menjadi ‘trend’ di negara kita untuk memesan makanan secara atas talian. Dengan hanya menekan beberapa butang sahaja, makanan yang diidamkan sudah berada di depan mata.

Jika perkara ini dibayangkan beberapa tahun dahulu, ia kedengaran agak mustahil. Namun pada hari ini, ia tidak lagi dipandang ganjil.

Di Syria Care juga, kami cuba untuk merealisasikan perkara yang sama, dengan menggunakan konsep yang sama iaitu ‘Anda pesan, kami hantar’.

Dengan cara yang amat mudah, tempahan anda akan terus dihantar di hadapan khemah-khemah pelarian dari 20 November hinggga 30 November ini.

Pakej makanan yang disediakan bermula dengan harga serendah RM15.

Berikut caranya:
1-Pilih, pesan dan bayar.
2- Syria Care akan menghantar berdasarkan pesanan yang diterima.

Tempahan boleh dibuat melalui akaun Syria Care:
• CIMB Islamic: 8601894560
• Maybank Islamic: 562106653575

Selepas itu maklumkan tempahan anda kepada Pegawai Kewangan kami di talian
+601128809820

atau anda boleh klik sahaja pautan di bawah

https://syriacare.org.my/pr…/syria-care-oder-food-challenge/

#noweveryonecanhelp

Kongsi Artikel Ini