Misi Khas di Bumi Sham : Kilang Penghasilan Roti, Sarmada, idlib

photo_2020-03-08_16-55-22

Konsultan Media Syria Care, Saudara Razali Awang berpeluang melawat kilang penghasilan roti yang terletak di Sarmada, Idlib.

Lebih 4,200 keping roti dapat dihasilkan setiap hari. Para petugasnya pula bertugas dari jam 4 pagi sehingga 5 petang.

Meskipun terpaksa beroperasi lebih 12 jam sehari, jumlah roti yang dihasilkan masih jauh dari mencukupi kerana pertambahan pelarian di utara Idlib.

Pembuatan dan agihan roti-roti ini adalah hasil sumbangan orang ramai melalui Tabung Bantuan Kecemasan Satu Juta Keping Roti yang dilancarkan Syria Care pada awal Februari lalu.

#syriacare #syriacaremedia #syriacareforhumanity #misikhaskebumisham

Kongsi Artikel Ini